Thursday 21 March 2013

Welcome : Muhammad Mikael

Assalammualaikum..,

Hampir sebulan lamanya tak update blog ni. Busy okehhh.., busy berpantang. Hehehe. Harini masuk hari ke-30 aku berpantang, maksudnya baby kami pun dah berusia 30 hari harini :)

Masa hari nak bersalin tu, semua berlaku memang unexpected giler. Eh jangan salah faham. Dah mengandung, memang la dah expect untuk deliver kan, tapi yang unexpectednye, aku deliver 3 minggu lebih awal daripada tarikh yang dijangkakan. Dalam bahasa mudahnya, aku deliver pada 37 weeks of pregnancy. Gosh, aku pun suprised giler. Tak sangka nak deliver pada hari 20hb Februari tu. Padahal baru rancang nak balik kampung buat kali terakhir sebelum aku bersalin, pada hujung minggu tu. Hoho. Tapi hajat terpaksa dibatalkan. Anak dalam perut dah tak sabar nak keluar nampaknya. Hehehe. Yang agak frustnye (frust??Hahaha) tak sempat lagi lah diri ini nak shopping last minute barang-barang baby, dan tak sempat jugak aku nak habiskan list mengidam yang masih ada dalam 4 5 list tu. Huahuahua. Takpe, lepas habis pantang kita kelim balik dari Encik F ye. Hahaha.

Tapi memang syukur kehadrat ilahi, proses bersalin memang berjalan smooth giler. Eh eh, tapi aku tak nak la story sekarang. Kang panjang berjela sangat entry ni. Nanti aku buat entry khas yang menceritakan detik-detik masa aku kat hospital haritu lah ye. Untuk entry kali ni, aku just nak tunjukkan kekasih hati aku dan suami..., introducing..,

MUHAMMAD MIKAEL :)

Kau lah kurniaan yang paling bernilai untuk mamy dan dedy..Semoga menjadi anak yang soleh ye sayang.., 

Tuesday 19 February 2013

Quick update!~

Yelop!

This is my quick update about what happened to me and my environment recently. FYI, masuk minggu ni baby dalam perut ni dah pun berusia 37 minggu. Tadi ada appointment kat klinik kerajaan. Alhamdulillah, semua okay. Berikut merupakan updatesss nye :-

- Berat : +1.0kg
- Tekanan darah : 120/70
- Tinggi rahim : 36cm
- Kedudukan : Cephalic
- Jantung : 149bpm
- Gerak janin : Dirasai aktif
- Bengkak kaki : -/-
- Urin albumin : Null
- Urin gula : Null
- Hemoglobin : 12.2
- Lain-lain masalah : Tiada

Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Mulai minggu ni, check-up akan diadakan seminggu sekali. Ngee. Counting days.., counting days.. Mudah-mudahan semuanya berjalan lancar, amin :)


Tuesday 12 February 2013

Craving!~

Heyo!

Dup dap! Dup dap! 

Diam tak diam dah masuk minggu ke-36 baby dalam perut aku ni. Waa! Tak lama dah. Another 4 weeks to go (according to EDD given by the clinic lah, but some of my readings cakap yang baby can pop up whenever it want, anytime from now, LOL!). So scary mary ma!

Acapkali aku tanya pada diri, adakah aku betul-betul dah bersedia nak pikul tanggungjawab ni? Acapkali juga aku meragui kebolehan diri sendiri. Huhuk. Al-maklumlah, terasa diri ni masih tak matang dan bersikap bagaikan kanak-kanak ribena. Tapi aku yakin dengan ketentuan Allah, Dia tetapkan ini rezeki aku. Jadi mesti aku boleh pikul tanggungjawab ini. Dengan adanya sokongan daripada si dia tersayang dan juga keluarga dan rakan-rakan aku, insyaAllah, akan aku cuba pikul tanggungjawab ini sebaik yang boleh.., amin.. :')

Well, cukup dengan ayat-ayat berbunga-bunga dah. Aku sebenarnya nak bebel sikit pasal "craving", atau dalam bahasa jawanya "MENGIDAM". Ungkapan mengidam semasa mengandung memang tak dapat dipisahkan daripada wanita. Time mengandung ni lah masing-masing nak bermanja dengan orang tersayang, sebab apa, time ni kebanyakan yang permintaan si ibu mengandung akan ditunaikan oleh pasangan masing-masing. Hehehh. Pada pendapat aku, tak salah kiranya si ibu mengandung ni request nak makan itu, nak makan ini dari orang yang tersayang, sebab aku rasa tu salah satu cara mengeratkan kasih sayang dan juga cara encik suami nak tunjukkan perhatian dan cinta yang tidak berbelah bahagi kepada orang rumah masing-masing, sekaligus sebagai tanda terima kasih atas jasa si isteri mengandungkan dan bakal bertarung nyawa bagi melahirkan zuriat yang menjadi tanda cinta mereka itu. Tapi, permintaan si isteri pun haruslah berpada-pada ya!!

Heh, aku pun tak terlepas daripada situasi ni. Macam-macam la pulak aku teringin rasa nak makan time mengandung ni. Siap buat "to-eat-list" hoccay! Kau ada? :p 

Kadang-kadang kesian jugak dengan Mr. F aku tu. Kadang apa yang aku nak, dia tak suka pulak. Ah sudah, berlaku kecelaruan kehendak di situ. Tapi bila tekak ni da rasa nak sangat, alahai rasa macam nak nanges guling-guling nak jugak benda tu. Tapi aku takda lah sampai guling-guling. Gila nak guling-guling betul-betul, guna skill untuk memujuk aje sudeh:p

Untuk pengetahuan rakyat jelata sekalian, time aku tengah tulis post ni, aku tengah craving nak milo (T_T) Hoii!! Sekarang ni kronik betul. Asal pergi kedai je, nak pesan milo ais! Asal pergi mamak je, nak milo ais tabur! Tak pun mengatah milo! Padahal Mr. F aku tu paling tak gemar la dengan milo ni sebab dia ada sejarah hitam dengan milo. Ha Ha Ha. Mak aku siap cakap, kalau baby keluar nanti, mesti dia suka milo. Ha Ha Ha. Nasib lah bergaduh bapak dengan anak nanti :p

Baru lepas SMS Mr. F aku request milo ais satu. Ha Ha Ha. Tapi terpaksa tunggu dia baliklah baru dapat. Perot ni dah rasa bergelodak semacam mintak disuapkan milo (padahal baru lepas mencekik nasi tadi). Jap ye baby, tunggu edy balik nanti baru kita minom milo ais tabur, wehuu!! :p

Okay lah, nah aku selitkan gambar milo ais tabur untuk tontonan sekalian umat yang sedang sama-sama mengidam milo ais tabur macam aku (T_T). 

Ehsan Google!

Nak tido dulu lah kejap, nak mimpi milo ais tabur. Wuwuwu..

Bye!




Friday 8 February 2013

Special for NGV Users

Hi. Salam.

Baru harini dapat update blog setelah beberapa hari tak bukak laptop. Actually aku dan suami baru sahaja pulang dari trip ke Cameron Highland. Tapi entry kali ni aku bukan nak cerita pasal trip kami ni ye. No., not yet. Maybe next time. Penat badan pun tak hilang lari akibat bergoncang-goncang meredah selekoh-selekoh ketika turun dari CH petang tadi. Harini aku nak cerita mengenai.....,

apa itu NGV?

Mesti macam pelik je untuk aku cerita pasal NGV kan? Yela, aku bukan lah minah yang ambil tahu sangat pasal benda-benda macam ni. Pasal enjin kereta pun aku cuma tahu yang basic aje. Itu pun dulu sebelum kahwin. Sekarang dah kahwin, semua aku serahkan urusan penjagaan kereta dan enjin pada suami aku. Aku cuma ambil tahu hal-hal rumah dah masak-masak je. Kihkihkih.

Okaylah, berbalik kepada topik yang nak aku share kat sini. Masa aku nak pergi CH haritu, agak gigih dan jenuh jugak lah aku google/search mengenai NGV station ni. FYI, suami aku merupakan pengguna NGV. Agak baru juga sebenarnya, dan ini merupakan kali pertama kami travel lebih jauh daripada Kuala Lumpur dengan menggunakan NGV. Jadi, aku dengan gigih dan tawaduk membuat sedikit research mengenai stesen-stesen NGV yang boleh kami singgah daripada perjalanan dari Seremban ke CH tersebut. Research punya research, aku berasa agak hampa kerana rata-rata maklumat yang aku perolehi daripada website merupakan data lama, mostly dalam 2-4 years back dan tak updated, termasuklah data yang aku perolehi daripada website Petronas. Dalam forum pun aku jumpa maklumat dari perbincangan yang dilakukan 2-3 tahun lepas, dan ini agak mengecewakan kam. (atau mungkin aku yang tak tahu cara yang betul nak cari maklumat tersebut?Maybe?Hurmmm..)

So, oleh kerana tiada panduan yang pasti, kami buta-buta memandu ke CH dengan menggunakan beberapa panduan hasil daripada research di Google! Alhamdulillah, kami selamat tiba pergi dan balik ke CH. Berikut merupakan apa yang kami lakukan :

- Sebelum bertolak keluar daripada Seremban, kami mengisi NGV di Stesen Petronas di Seremban 2.

- Oleh kerana maklumat yang kami peroleh menyatakan bahawa stesen terakhir yang kami boleh singgah sebelum exit ke CH adalah di Rawang, maka next stop kami adalah Petronas Rawang yang terletak lebih kurang 1km daripada tol Rawang.

- Kami singgah di R&R Tapah arah Utara, malangnya di Petronas tersebut juga tiada NGV. Suami membuat keputusan untuk terus menggunakan NGV sehinggalah jalan naik ke CH.

- Setelah exit tol CH, kami mendaki bukit-bukau ke CH dengan menggunakan petrol memandangkan pickup enjin dengan menggunakan petrol adalah lebih baik berbanding menggunakan NGV. Ketika ini kereta suami masih mempunyai 1 bar NGV.

- Perjalanan di CH adalah menggunakan petrol sepenuhnya.

- Untuk perjalanan balik, kami bersependapat untuk turun melalui Ipoh kerana ada maklumat mengatakan terdapat NGV di Petronas berhampiran Kg. Kepayang.

- Selesai mengisi gas di Petronas Kg. Kepayang, kami memasuki tol melalui Gopeng.

- Persinggahan seterusnya di Petronas Rawang.

- Akhir sekali persinggahan mengisi NGV adalah di Petronas Seremban 2.

Well, agak cekal nampaknya kami di situ kan? Keluar masuk tol semata-mata ingin mengisi gas. Alangkah baiknya kalau perkhidmatan gas NGV diperluaskan ke stesen-stesen minyak di lebuhraya. Aku berani jamin, ramai yang gembira kalau perkara ni menjadi kenyataan.

Lastly, malam-malam buta ni tiba-tiba aku dapat "hidayah" untuk Google! maklumat mengenai stesen-stesen NGV lagi (memandangkan esok kami akan travel lagi untuk balik ke Johor), dan..., jengjengjeng!! Aku terjumpa benda yang paling aku rasa convenient dan menarik, dan confirm memudahkan pengguna-pengguna NGV kat Malaysia ni.

Aku jumpa maklumat ni di blog SINI, tapi mari aku beritahu awal-awal bahawa maklumat ni cuma berguna kalau anda-anda, pengguna NGV sekalian mempunyai telefon andriod ye. Di blog tersebut, ada maklumat mengenai perisian Petronas NGV Locator yang boleh diperolehi secara percuma daripada Google! Play Store. Kami sangat-sangat terharu sebab ada jugak insan yang sudi develop application tersebut untuk kemudahan pengguna-pengguna NGV!! hehehh. Now aku baru je selesai download aplikasi tersebut, dan it's quite promising. Yang penting, sekarang ni kami nak uji dulu aplikasi tersebut. Next time aku akan review pulak hasil daripada eksperimen kami ye.

Antara screenshot bagi aplikasi berkenaan :

Gambar yang diperoleh daripada Play Store

Gambar yang diperoleh daripada Play Store


Korang boleh review dan belek-belek pasal aplikasi tu kat SINI ye. Okaylah, rasanya nak stop dah. Mata dah berat. Bye!!




Monday 4 February 2013

The right attitude

Hi olls,

Harini dimulakan dengan mood nak membebel. Topik yang nak diketengahkan di sini adalah "the right attitude" atau sikap yang betul ketika melakukan jual-beli online.

Seperti yang semua dah sedia maklum, sekarang ni zaman IT dan perkembangan teknologi sekarang ni memang banyak memudahkan kerja dan aktiviti kita sehari-hari. Setuju? Aku rasa ramai setuju, betul tak? Sekarang ni kalau nak bayar bil telefon, api, air, astro dan sebagainya, tak payah susah-susah nak drive dan redah segala traffic jam semata-mata nak bayar bil. Tak payah terkejar-kejar sana sini, berebut-rebut parking dan nombor giliran lagi. Sekarang semua dah dihujung jari. Banyak syarikat perbankan yang menawarkan kemudahan transaksi online sekarang ni seperti CIMB Clicks!, maybank2u dan sebagainya; dan ini ternyata membawa banyak benefit kepada kita semua, terutamanya yang tinggal kat bandar-bandar besar, yang pergi kerja sebelum matahari naik, dan sampai rumah selepas matahari tenggelam tu. Pembayaran dan transaksi boleh dilakukan pada bila-bila masa dan di mana saja, asalkan ada line internet.

Seiring dengan perkembangan teknologi ni, ramai jugak antara kita yang mengambil peluang untuk menjadi usahawan online. Daripada kelengkapan rumah, kereta, baju, bahkan sayur-sayuran skali pun, boleh dibeli secara online sekarang ni. Aku juga tak terlepas daripada terikut-ikut dengan trend ni. Saluran yang paling mudah untuk buat perniagaan online adalah melalui laman sosial - FACEBOOK. Kalau korang perhatikan, memang banyak gila orang buat bisnes kat facebook sekarang ni. Macam-macam produk, ada yang menawarkan range harga yang tinggi, dan ada pulak yang rendah, sampai kadang-kadang rambang mata dibuatnya. Aku taknak cakap pasal teknik penjualan atau strategi pemasaran dorang, tapi satu perkara yang aku concern dan touching sangat adalah cara sesetengah daripada mereka melayan customer mereka.

Well, mungkin ada yang tak kisah dengan apa yang bakal aku katakan ni. Tapi disebabkan aku dah didedahkan dengan bidang sales dan customer service ni, aku rasa wajar untuk aku complain attitude bagi sesetengah mereka ni. Aku rasa ramai dah biasa dengan dengan ungkapan  "Customer is always right" kan? Dan ayat tu dah menggambarkan maksudnya dengan direct. Ni ada beberapa contoh yang aku pernah alami dan apa yang aku expect daripada penjual-penjual ni sebenarnya.



Situasi 1
**Mesej daripada pembeli kepada penjual** 
Pembeli : Hi. Saya berminat nak beli beberapa barang akak, iaitu *(a), (b) dan (c)*, harga yang tertera tu termasuk postage atau tak? dan still ada stock atau tidak ye? 
**Setelah sebulan berlalu, si pembeli masih tak tak mendapat jawapan daripada penjual. Akhirnya pembeli membeli di tempat lain sahaja** 
**Setelah beberapa minggu selepas itu, penjual mengiklankan produk baru, si pembeli berminat lagi nak beli kerana harga yang ditawarkan merupakan harga yang terendah yang boleh dijumpai online** 
Pembeli : Hi. Saya berminat nak beli beberapa barang akak, iaitu *(d)*, harga yang tertera tu termasuk postage atau tak? dan still ada stock atau tidak ye? 
Penjual : Maaf dik. Tak perasan mesej adik. Barang yang adik nak (d) tu masih ada stock, tak termasuk/termasuk postage. Yang (a), (b) dan (c) tu pun masih ada. Nak itu sekali ke?
Pembeli : Sorry kak, saya cuma nak barang (d) je, barang (a), (b) dan (c) tu dah beli dari orang lain. 
Penjual : Ok lah, ini detail payment........................~~ 
**Lepas sebulan baru kau balas? Macam mana kau layan customer ni. Aku taulah korang dah banyak untung daripada bisnes korang tu, sampai aku yang order sikit-sikit ni tak diendahkah., buat nampak tak nampak je kan. Nasib lah barang yang (d) tu memang paling murah harganya berbanding orang lain, kalau tak, aku pun tak nak dah buat transaksi dengan kau lagi~**

Situasi 2 :
**Mesej daripada pembeli kepada penjual** 
Pembeli : Hi. Saya berminat nak beli beberapa barang akak, iaitu *(a)*, harga yang tertera tu RM** + RM* (postage), betul? 
Penjual : Betul. Ok, ini detail payment........................~  
Pembeli : Okay, saya dah bank in kan di ****, harap leh check dan inform bila nak hantar ye. 
Penjual : Barang hantar hari isnin. 
Pembeli : Ok, nanti dah post inform saya tracking nombor ye. TQ 
Penjual : Ok. 
**Sampai hari selasa, still tak terima mesej atau nampak update tracking no kat page si penjual. Ambil keputusan untuk mesej balik si penjual** 
Pembeli : Hi, saya nak tanya, barang saya dah post ke belum ye? Boleh saya dapatkan tracking no? 
Penjual : **bagi link daripada page dorang, tapi tak ada pun nama si pembeli** 
Pembeli : Maaf, tapi dalam tu tak ada nama saya pun? 
Penjual : Sabar ye, banyak sangat permintaan sampai supplier tak cukup tangan. Nak kena check balik. Awk tunggu je barang sampai. 
Pembeli : Ha?? Oklah. *WTH??, tapi masih boleh bersabar* 


Kalau korang nak jual barang, tolong lah layan customer tu baik-baik sikit lah ye. Ni 2 contoh situasi yang aku pernah jumpa. Well maybe tak lah seteruk mana bagi sesetengah orang, tapi aku nak ulangi kat sini, oleh sebab aku pernah terlibat dalam dunia SALES, dan secara logiknya aku tau macam mana penjual patut treat pembeli, sebab itulah aku agak cerewet dan tacing sikit bab-bab macam ni. Bagi yang bermasalah tu, sorry to say., it's hard to give you another chance. Maybe kalau lepas ni kau buat clearance sales sekali pun, belum tentu dapat pujuk hati si pembeli yang dah tercalar ini.., ewah!!



Love of my life


Introducing..., *drumroll*

My one and only beloved husband.., Mr. F :)

Honeymoon @ Langkawi Island


                 LOVE OF MY LIFE  - SAMMY KERSHAW

You are the love of my life

And you are the reason I'm alive
And baby baby baby
When I think of how you saved me
I go crazy

I've never known love like this
And it fills me with a new tenderness
And I know I know I know
You're in my heart you're in my soul
You're all I can't resist

And I need to tell you
The first time I held you
I knew you are the love of my life

I spent a lifetime waiting
Always hesitating until you
I was lost so deep inside my shell
'Til you came and saved me from myself
Now all I really know
Is I need you

And you are the love of my life
All the joy and tears that I cry
And baby baby baby
You don't have to say a word
I see it in your eyes

As we stand together
I promise forever
'Til the day that I die
You are the love of my life

I spent a lifetime waiting
Always hesitating until you
I was lost so deep inside my shell
'Til you came and saved me from myself
Now all I really know
Is I need you

You are the love of my life
You are the reason I'm alive 






Newbies in Blogger!

Assalammualaikum~

Hi. Namaku Hidayah., baru saja nak menceburi bidang penulisan blog ni. Agak ketinggalan zaman sedikit di situ sebab baru lah dapat ilham untuk menulis setelah lebih 8 bulan menanam anggur dirumah. 

Okaylah, sedikit pengenalan mengenai diri aku. Dah berkahwin dengan insan tersayang pada Jun tahun lalu, dan kini sedang sarat mengandungkan anak pertama kami. Hihi. EDD (estimated delivery date) dijangka awal Mac ni. Dah tak lama, so of course nervous, but at the same time tak sabar pun ada. 

Tujuan penulisan blog yang paling utama adalah sebagai medan coretan dan luahan segala isi hati, perut dan anak tekak mengenai apa saja yang aku rasakan perlu dan boleh dikongsi untuk tatapan sesiapa saja, termasuk diri sendiri pada masa depan. 

Maaf sekiranya ayat agak skema kambing disitu. Aku pun tak tahu kenapa kalau tulis blog je, ayat aku automatic jadi skema kambing.

Okay, cukuplah dulu untuk first entry ni.

Bye!



 

~ All About Us ! ~ Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template